Thursday, 15 March 2012

Saya Telah Kehilangan Abah Tersayang xD

Assalamualaikum wbt . Okay first of all , sorry guys sebab lama tak update . Today my post is a sad post for me .

Saya telah kehilangan abah saya dan abah saya telah kembali ke rahmatullah pada 24 Februari 2012 pada pukul 9.52 malam . Arwah telah pergi meninggalkan saya dan kakak saya . Mesti korang pelik kan , kenapa aku tak cakap arwah telah meninggalkan aku , kakak dan ibu ? Untuk pengetahuan korang , ibubapa aku telah bercerai sejak aku darjah 5 . Then aku baru tahu mereka bercerai sewaktu aku menuntut di Tingkatan 1 , tahun 2010 .

Arwah juga meninggal dunia akibat kanser pankreas stage 4 . Arwah tak dapat dirawat serta-merta lagi . Peluang abah untuk hidup agak tipis . Kata doktor tu buat aku sedih , menangis tak henti-henti . Tu hanya kata doktor , ajal maut jodoh pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan . Aku redha dengan pemergian arwah . Sebelum arwah pergi , dia pernah pesan kat aku , dia cakap yang dia pergi sekejap saja . InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan , kita akan jumpa di syurga nanti . Kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya, buat aku mengalirkan airmata tanpa henti .

Aku juga tak sangka yang tahun lepas merupakan tahun terakhir aku berpuasa/bersahur/beraya/balik kampung dengan nya . Bila diingat kan balik , memori aku dengan abah sepanjang hayat dia , sangat memeritkan hati ni . Apa boleh buat , aku cuma boleh redha dengan pemergiannya . Lebih baik dia pergi daripada dia hidup terseksa dengan penyakit kanser yang boleh mendatangkan maut pada seseorang tu , kan kan ? Alhamdulillah , Tuhan telah makbulkan doa saya , kalau ditakdirkan yang abah pergi , biarlah dia pergi pada hari Jumaat . Apa yang aku nak , betul2 termakbul doa aku , dia meninggal pada hari Jumaat .

p/s : Walaupun abah dah takde , tak bermakna hidup aku sentiasa bosan . Mungkin satu hari nanti bila keadaan aku semakin pulih , aku boleh jadi gembira seperti biasa walaupun dalam hati masih sedih teringatkan arwah . Aku selalu minta pada Tuhan yang aku akan bertemu dengan dia dalam mimpi . Dan ketika aku menaip post ni , airmata aku mengalir . Aku telah kehilangan abah waktu aku berumur 15 tahun . Arwah tidak sempat untuk tengok berjaya . Abah , adik janji yang adik akan belajar sampai ke tahap universiti , tak lupa diri , tak lupa solat dan jaga maruah diri . Last , terima kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik dalam hidup adik . I always love you dad :'(

  MOHD ROSLI BIN YOB MANAN (1957-2012)
        -  Al-Fatihah  -

No comments:

Post a Comment