Sunday, 4 November 2012

Boyfriend? Let me thinking about this.

Assalamualaikum :) Haiiiiiiiiii! Apa khabara? Sihat semuanya? Moga-moga kalian semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Kali ni nak cerita pasal boyfriend. Ada apa dengan boyfriend? Apa yang best nya bila ada boyfriend? Apa perasaan anda bila ditinggalkan dengan boyfriend? Haaaa tu semua akan menjadi persoalan dalam post kali ni. Setelah sebulan hidup single, baru aku terasa yang sebenarnya life kita lagi awesome bila kita tengah dalam status single ni. Aku meletakkan aku di status "single but not available". Kenapa? Bila kita hidup singlem atleast credit kita save. Duit kita pun actually save. Plus, takde drama, takde penipuan, takde sakithati. Cuma kita akan rasa kebosanan bila kita hidup single. Saya takkan carik boyfriend. Sebab? Sebabnya saya percaya yang Allah sedang mencari pasangan yang terbaik untuk menyempurnakan hidup saya. Kalau boleh, saya taknak lah lelaki yang hanya mahu kan 'barang-barang' dari seorang perempuan. Saya bukan lah perempuan seperti itu. Saya percaya yang cinta itu akan datang dengan sendiri tanpa kita mencarinya. Carilah lelaki yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar dan dapat menjadi lelaki yang terbaik dalam hidup kita, InsyaAllah. Jodoh, ajal maut semuanya terletak di tangan Tuhan. Aku dah terlalu penat untuk menangis pada orang yang takpernah nak menghargai keikhlasan seseorang yang ingin bersama mereka. Mereka takpernah fikir macam mana seorang perempuan sayangkan mereka. Mungkin ini sebab-sebab saya taknak ada boyfriend atau mengadakan hubungan kekasih atau apa-apa saja lah. Okay lah, itu saja yang dapat aku kongsikan. Assalamualaikum. Sentiasa lah ingat Allah dan jangan lupa solat :) Keep in touch yea! Have a great day guys! Much love, SaraaRosli :)

Beloved Lilsis, FEE's :)

Test test, sound check, sound check.. Lol. Hai and assalamualaikum fellow stalker, reader, followers and so on lah. First, thanks sebab sudi lagi melawat blog buruk ni. Lol! Harap kalian semua sihat-sihat belaka dan dapat meneruskan kehidupan dengan sejahtera. Second post dalam bulan November. Okay, nak cerita pasal apa eh? Ehem ehem *duckface* okay dah terang-terang tulis kat title tu pasal adik angkat, mesti lah cerita pasal adik angkat. She's name Sofea Balqis. Binti apa itu saya tak berapa sure. Okay she's 13years old and study dekat SMKDK. Same school with me, gahhhhh! Kenapa lah boleh sama sekolah ni. Okay gurau sebentar. *Minum Milo kejap* okay habissss. Second, kesian sebenarnya kat dia. Dah lama dia mintak aku jadi kakak dia. Baru tahun ni aku approve. Lol, kenapa baru tahun ni? Haaaa lupa lah. Approve pun time training volleyball sama-sama. How lah boleh dapat satu team dengan dia :O Saya sakithati sangat bila dia cuba perli-perli ketinggian saya. Dik, sis tahu kau tinggi. Tapi takperlu lawan ketinggian k? Hahahahaha :) Tapi kan, dia pindah sekolah lah tahun depan, huwaaaaaa *menangis keluar air mata darah* why lah dia nak pindah tahun depan? Tahun ni dah ah jarang jumpa :( Fee, I'm gonna miss you until forever :/ Rindu nak gaduh dengan kau, rindu nak pukul punggung kau, rindu nak silang kaki dengan kau. Gahhhhhh rindu sangat semuanya tu. Kalau masa tu boleh patah balik, aku nak ada dengan kau 24hours and jaga kau bila kau tengah sakit and so on lah. Paling awesome sekali, rindu nak carik pasal dengan kau! That's the point. Suka tau carik gaduh dengan kau :) Aku edit post ni pun airmata boleh keluar. Sensitif nya aku ni. Aku takboleh lah cerita benda-benda yang dah lepas then membabitkan perasaan sedih ni. Confirm lah nak menangis bila ingat semua tu. Tu je lah kot, jazakallah. Sentiasa ingat Allah dan jangan lupa siapa yang mencipta kita.. Terimakasihhhhhhh xx

Long Time No Update This Ugly Blog

Assalamualaikum.. This is my new post on November. Like seriously, I really miss my super-duper blog. Sorry for long time didn't update blog. Sebab sebelum-sebelum ni memang terlalu busy dengan PMR. Mintak maaf sangat sebab terlalu lama tak update. Memang Saraa fokus dekat PMR saja tahun ni. Event-event pun banyak takdapat pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah, mulai bulan November ni, Saraa akan mulakan balik rutin harian dengan meng-update blog usang ni. To be honest, Saraa rindu korang semuaaaaaaa :( Harap semua nya sihat-sihat belaka :) Sentiasa ingat Allah dan yang paling penting jangan lupa solat. Berzikirlah ketika dalam keadaan susah. Setakat tu saja lah yang Saraa boleh cerita kan kenapa Saraa dah lama takupdate blog.

Thursday, 5 July 2012

Mix Story , tralalalalal

Hey Fellow :)
Wuhuuu dah lama tak post kat blog buruk ni . Korang sihat ? Sorry eh dah lama tak update . Sumpah busy dohhhhhh -.- . Jadi budak PMR ni 24 jam nak kena hadap buku je . K sumpah bosan . Bytheway , aku bangga ni sebab tahun ni laa baru rumah sukan aku nak jadi juara . Whoaaa Delta selamanya okay . Tapi jealous tengok aerobik rumah Alpha punya . Simple tapi smart gila babengggggg . Short post jahh , kbye :*

Lots Of Love , PendekKepeng

Sunday, 10 June 2012

I LOVE MY FRIEND UNTIL MY LAST BREATH ;*

Hello Fellow .
Me love my friends so damn muchhhhhh . My life not complete without them . Mereka dah macam nyawa saya yang kedua . Terima kasih kerana sudi jadi kawan saya :)

Cinta V-Logggggg

Hello Fellow .
Assalamualaikum guys . Hari Rabu (6Jun 2012) , hari tu lebih kurang pukul 8.30 malam macam tu , korang tengok tak Cinta V-Log kat TV9 ? Tengok tak ? Okay rugi sapa tak tengok , hewhew :) . Aww Angah ada berlakon dalam cerita tu . Tapi sayangnya , aku dapat tengok scene Angah menangis tu je . Sebelum tu , aku still kat KLCC . Dari Wetworld singgah ke KLCC , pi makan . Semua rushing nak balik lambat . Yang aku asyik tanya dorang bila nak balik . Sebab aku nak tengok cerita Cinta V-Log tu . Then time tu jugak aku text Angah then tanya dia , Cinta V-Log tu ada ulangan atau tak kat Youtube . Then pagi tadi on guna lappy , amik kesempatan bukak Youtube and search Cinta V-Log full movie . Finally , jumpa . So amik KokoCrunch then layan cerita tu sampai laa habis . Sumpah best gilaa cerita tu . Nasib laa ada kat Youtube :* . Cikaro yang depan tu bila kau nak settle kan ? Hewhew watlek tu skrip kat dalam telemovie tu je . Okay Angah pandai bawak watak yang dia dapat tu . Aku paling suka scene yang dia menangis tu . Sumpah dia nampak comel sangat , blinkblink . Tapi bak kata Angah pulak , dia dah macam orang gila dah time dia menangis tu . Hehehehehe *angkat kening* . Orang lain tengok cerita tu sebab ada Aliff Aziz yang kacak tu kan kan ? Hehe short post okay boiiiiii -.-

Lots Of Love ,
Pendek Kepeng

School Holidayyyyyyy

Hello Fellow .
Okay 2weeks school holiday boleh dikatakan puas hati laa jugak . Aku just spent time pergi Wetworld , Genting , Sunway Pyramid and banyak lagi laa . Tapi pejam celik pejam celik today dah hari Ahad . Ohmygoshhhhhh :( ! Besok dah sekolah wehh . 1 weeks ago , aku dah basuh segala baju sekolah apa semua tu . Homework pun semua dah siap . Paling aku sakithati ni , tadi nak siap kan jadual sekolah , aww fvck nyeww buku latihan semuanya hilang . Tah tangan sapa gatal dok pi pegang-pegang then hilang . Memang tak kena marah dengan cikgu lah ken ? Ba Alif Ba Ya betul dohh* . Cuti sekolah ni , just rindu sangat dekat kawan-kawan dekat sekolah tu :) Esok tak sabar nak jumpa mereka semua :* . Duet kereng terus lepas chill out dalam masa 2minggu ni . Aww , kena kumpul balik duet-duet untuk masa akan datang :)Korang macam mana ? Cuti korang best tak ? Okay laaaaa boiiiiiiii .

Lots Of Love ,
Pendek Kepeng

Monday, 28 May 2012

Teacher's Day 2012 xD

Hello Fellow :)
Tengah boring sebenarnya . That's why aku editing blog ni . Hari Jumaat , 25/5/2012 haritu sekolah aku ada buat celebration Hari Guru . Before that , aku kesian tengok senior-senior kelam-kabut buat preparation dari segi decoration , tarian , and anything else . Dorang baru je habis exam , then terus kena prepared semua nya . Yang taktahan tu , cikgu-cikgu bukan nak cakap terima kasih ke apa ke , ni tak . Tak appreciate langsung apa yang dorang buat . Okayokay tutup cerita . Okay then lepastu , dorang buat tema , "Glamorous Arabic" . Kak Ahda , Angah , Kak Zima , Kak Tasha , Abang Rafiq , Kak Nana , Abu and lain-lain semua pakai ikut tema . Gentle costume dorang smart gilaaaa wehhh :) *jealous dohh . Bytheway , kakak-kakak form5 yang pakai tema Arabic , semuanya cantik-cantik time Hari Guru haritu .

Kalau ikut kan , budak form 3 kena duduk hujung dewan . Memang nampak lah ken apa yang dorang perform kan ? *errr pfft -.- . Before cikgu-cikgu tu nak jalan kat red carpet , aku pun ajak laa Syaz lepak dengan senior-senior semua tu kat backstage . Sambil-sambil tu snap laa gambar dorang tengah make-up , tengah have fun kat backstage tu . Kalau aku tak ajak Syaz lepak dekat backstage tu , sampai sekarang tak dapat snap gambar dengan dorang . Dalam-dalam aku lepak dengan dorang kat backstage tu , dalam masa tu jugak , aku start nak rapat-rapat and kenal-kenal dengan dorang . Woahhhh ! Tak sangka dorang sporting and cepat mesra dengan aku . Actually , memang dari dulu minat nak berkawan dengan dorang cuma segan-segan je . *angkat kening wehh . Alhamdulillah , dapat jugak aku kenal-kenal dengan mereka . Tapi bila dapat kawan baru ni , kawan-kawan yang lain mula fikir negatif , cakap aku lupa kawan and perli aku 'untung laa sekarang dah pandai dengan senior-senior' . Aku memang fuck sapa yang cakap macam ni . Parents aku tak pernah larang aku kawan dengan sesapa , kenapa kau pulak yang over nak push-push aku sampai macam tu ? Fuck sangat wehhh . *flying kick kat muka kau kang !

Tahun ni dorang last year ,  dorang manage kan HariGuru . Sedihhhh tak dapat lepak dengan dorang kat backstage dah tahun depan . Bytheway , Kak Zima busyyyyy betul uruskan event HariGuru haritu . Tak banyak sangat photo dia kat dalam camera aku . Angah , Rafiq & Kak Tasha , ada style jadi hos :) Korang pandai laa jadi hos , sumpah best (Y) . Kak Nana & Khai Siong , bagi present kat cikgu je ? Kat Saraa mana ? Hehehe kidding kidding* . Sumpah korang memang best and sporting ! Korang-korang semua , tunggu Sport's Day pulak okay ? Saraa snap photo korang banyak-banyak :) Hehe that's all -.- Okaybye :)

Lots Of Love ,
PendekKepeng xD

Sunday, 27 May 2012

PMR OH PMR

Hello Fellow ,
Aku tengok gambar kat atas ni je , aku dah fobia . Pejam celik pejam celik sekejap je nak masuk bulan Jun . Lagi 4 bulan lebih je nak PMR wehh . Aku tak ready lagi nak amik PMR , oh my goshhhh :* Sumpah berdebar gila bila sebut pasal PMR ni . Alangkah best nyewww kalau dapat straight A's bila dapat result PMR tu ken ? K Saraaa , awak dah takde masa nak chill out , nak lepak , nak main-main dah ni . Now , start study okay . Buat latih tubi , subjek-subjek yang awak lemah . Come on Saraa , you can do it ! Yeah , I can do it more than that :) . Anyone can teach me in Mathematics and Science ? Aku memang lemah dalam 2 subjek ni ;( Tiap kali exam , 2 subjek ni mesti failed , failed and failed ! What the fvck !! Jyeahhhh :) Guysss , please help on this subjekkkkkk :( Short post je ni , kbyeeee :)

Lots Of Love ,
PendekKepeng :)

Sorry Sorry And Sorry :(

Assalamualaikum . Okay firstly Saraa nak post pasal sorry . Sejak kebelakangan ni , Saraa cepat serba salah dengan sesiapa pun . Even orang tu yang salah , Saraa tetap akan blame kan diri Saraa sendiri . Sebab kalau tak salahkan diri sendiri , masing-masing ego . Then mula lah nak bergaduh-gaduh bagai . Ken ? Actually , Saraa malas nak carik pasal dengan sesiapa and taknak bermusuh dengan sesiapa pun . Tapi mereka yang rajin sangat nak carik pasal dengan Saraa and nak sangat bermusuh dengan Saraa . Tapi Saraa cakap awal-awal k , sekali Saraa benci orang tu , sampai mati pun Saraa tetap akan benci orang tu . Bagus lah sapa terasa :) . Saraa taknak harta korang or whatever .. Saraa cuma mintak , jaga hati Saraa je . Perkara macam tu tak memerlukan duet or apa semua . But benda tu memerlukan persefahaman je , okay ? Harap korang boleh lakukan nyewww :* . Kalau korang boleh jaga hati Saraa , tanpa segan silu Saraa pun akan jaga hati korang and buat korang happy . Kalau tak happy , sorry okay ? Hahaha (Y) . Dear Friendoosss , sorry if I make a big mistake :(

Saturday, 26 May 2012

Nak Varsityyyyyyyyy :(

Hey people ! Cuti 2minggu ni sangat membosankan :( . Saraa rindu kat kawan-kawan semua wehh ! Tapi cuti takboleh nak hangout sangat . Mama asyik push-push Saraa , suruh Saraa stusy , study and study . K sumpah stress kalau life macam ni . 24jam kena study . Orang yang pandai pun takde lah study sampai macam tu . K back to our story , korang tahu kan jacket Varsity ? Dah menjadi trend sekarang bila keluar pergi chill out . Saraa obses gila denga Varsity . Sebab jacket tu nampak cool . Saraa minat Varsity redblack . Yang tu nampak cun dohh . Korang bagi Saraa , Varsity satuuuuuu , boleh tak ? :* Hehehehe angkat kening sebentar* Boleh laaaaaaa . Saraa nak jacket tuuuuu :( K otak blank taktahu nak post apa :)

Its About Angah Blink :)

Hello Fellow ,
Hey korang . Okay Saraa nak bukak story pasal kakak sorang ni . Ada yang kenal , ada yang tak kenal dengan dia ni kan ? Okay Saraa tak berapa sure sangat apa real name dia . Tapi dia lebih selesa dipanggil 'Angah' . Okay , aku memang dari dulu nak berkawan dengan Angah ni cuma aku takut nak meet dia depan-depan . Sebab muka Angah ni macam garang semacam . *sorry ye Angah . Then Hari Jumaat , 25/5/2012 time HariGuru , aku beranikan diri aku jugak untuk kenal-kenal dengan dia . Before preparation HariGuru lagy , aku memang pasang niat nak snap gambar dia je . Kebetulan pulak , dia pakai pakaian tema Arabic , memang tak boleh dinafikan Angah sangat cantik . Masa tangkap gambar dia time HariGuru , aku just say Hello-Hello je dengan dia , sebab time tu pun aku still ada perasaan takut nak berdepan dengan dia . Bila dah hello-hello tu , dia pun layan Saraa dengan sporting . K rupanya Angah ni friendly and cepat mesra dengan orang yang nak berkawan dengan dia . Okay , kiranya Saraa dapat jadi kawan dia time HariGuru tu jugak . Then adalah jugak lepak-lepak dengan dia kat belakang stage . Saraa suka mata , bibir and senyuman Angah . Sebab dari segi tu laa Angah nampak cantik . Time HariGuru tu , dia ada jugak jadi hos . Sumpah Angah style gila jadi hos . Yang taktahan tu , time Angah baca pantun dalam nada Arab , k sumpah kelakar . Angah punya skrip semuanya kelakar-kelakar . *Angkat kening kejap . Before that , baru 3minggu yang lepas Saraa add dia dekat Facebook . Takut kat Angah punya pasal laa ni :) Btheway , thankyouuu Angah , my new superfriendsdddd :)
Lots Of Love ,
Pendek Kepeng

My Super Senior

Hello Fellow .
Today , I want to story about my senior . Photo ni laa akan menjadi memory sampai bila-bila . Sebab this year , last year dorang manage HariGuru . Tahun depan orang lain pulok , haih sedihhhhh :( . Gentle aku cakap , ni laa Teacher's Day yang paling amazing bagi aku . Plus dorang ni sangat sporting . Dalam masa 1hari je aku boleh rapat dengan dorang . Kiranya dorang senior yang friendly and tak sombong . See , kalau kita boleh layan senior kita dengan cara elok , senior pun akan layan kita dengan cara elok jugak . So respect lah mereka okay ? Confirmed mereka akan respect kita jugak . Okayokay , kembali ke cerita yang asal . Dari aku form 1 lagi , aku teringin nak lepak dengan mereka , tapi form 3 baru dapat kenal dengan mereka . Aku cuci gambar ni aku lekat kat dalam bilik aku ! Sebab tahun depan mereka dah takde kat sekolah Danau tu . Okay lah otak dah blank ni -.-p

Fiqratul Ahdaaaaaa :*

Hello Fellow ,
Sapa dia ni ? Sabar lah . Aku nak cerita lah ni . Okay she's name is Fiqratul Ahda . Dia SPM candidates tahun ni . Apa motif aku cerita pasal dia ? Sebab dia adopted sister Saraa yang suka buli Saraa . Saraa start rapat dengan dia waktu tournament bolatampar 2012 kat Titiwangsa . Dulu kenal dia , ala-ala je . Now dah rapat dengan dia and dia hak milik Saraa . Alhamdulillah , last week haritu dah 1month dia jadi adopted sister Saraa . Kalau bab-bab bergaduh tu standard lah ken ? Tapi bila gaduh dengan dia , asyik Saraa je kena mengalah . *nak jaga hati kakak punya pasal , Saraa mengalah k . Back to our story , dia ni sangat caring pasal saya . Kalau text , soalan wajib yang dia akan tanya , 'Saraa katmana?' . Jawapan Saraa ialah lepak Hayaki , kat rumah je , Redchair and gerak Al-Malik untuk shisha-shishot . Takpernah dapat adopted sister macam dia , suka buli Saraa , caring , and sekepala dengan Saraa . Saraa start nak rapat dengan dia time dia nyanyi lagu Rolling In The Deep & Someone Like You time Majlis Perpisahan Principal . Sumpah Saraa cair gila dengar suara dia , sedap gila babeng k ! Kau ada ? Tak kan . That's all :)

Lama Tak Update -.-

Assalamualaikum and Hello peeps . Firstly , Saraa mintak maaf sangat-sangat sebab lama dah tak update blog ni . Terus terang Saraa cakap , tahun ni Saraa busy dengan study jee . As well as you know , Saraa ni PMR candidates . Banyak benda Saraa nak kena catch-up semua subjek untuk nak dapatkan A . Seriously , Saraa rindu nak update blog , dah berapa bulan tak update . Shortpost sayonggggg :)

Wednesday, 21 March 2012

Result Exam

Assalamualaikum . K first sekali , aku just nak buat short post . Aku failed 3 paper dohh , aww terlepas cakap . Gelak lah , tak kisah pungggg . Aku suka study last minute that's why ada yang failed . Aku ni masuk je kelas TOP 4 , tapi otak tak pandai mana pungg . K aku tak puas hati sapa yang dapat banyak A tu , hehehehhehehhehe . Good job sapa yang dapat banyak A :')

Thursday, 15 March 2012


   Assalamualaikum to all Muslim and Hey to all non-Muslim . Ha , korang kenal tak sapa dekat atas ni ? Dia antara ahli band One Direction yang semakin popular . First , aku bangga ni sebab jadi peminat Directioners . Wootwoot .
 
 Ehemmm , ehemmm , nama dia Louis Tomlinson . Panggil dia Louis je la eh . Panjang sangat nama . Kalau orang lain minat sangat dengan Zayn Malik , tapi aku minat Louis . Dia pun comel apa , bagi aku . Mata dia biru , and dia comel bila senyum . Actually , aku minat jugak dekat Zayn Malik , tapi ala-ala je . Zayn dengan Louis , ada persamaan . Sejak minat One Direction ni , asal ada cerita pasal dorang je , mesti aku nak amik tahu jugak . Poster 1Direction pun dah banyak aku kumpul . Dulu minat dengan group Foster The People , tapi 1Direction muncul , terus tak minat dengan Foster The People .

 Sejujurnya , Louis punya suara cute , macam budak-budak dohh . Hm , dulu aku anggap Alex Pettyfer tu macam husband tapi dah ada Louis , nak minat Louis je lerr . Aku obses dengan dia dohh . Sumpah dia kacak sangat-sangat . Aku tengok muka dia terus cair kot . Untung lah sapa dapat jadi girlfriend dia , en en ?

p/s : I love him so damn fucking much . Don't take him from me , cehhh perasan betul (Y)

Pesanan Ayahanda Untuk Anakanda

Assalamualaikum . Wootwoot . Apa khabar ? Sihat na ? Ha , ceq dok cakap dalam loghat utara Penang .
Sebelum arwah pergi , ni lah pesan2 yang dia bagi pada aku .

*PMR mesti dapat 8A
*Belajar sampai masuk Universiti . Dia nak sangat tengok aku masuk Universiti luar negara
*Jangan tinggal solat
*Jangan lupa diri bila dah senang nanti
*Dengar cakap ibu dengan kakak
*Jangan angkuh dengan orang sekeliling bila dah berjaya .
*Jaga maruah keluarga/diri
*Jaga adab bila bergaul dengan sesiapa pun
*Cakap dengan nada lembut bila beinteraksi dengan orang
*Selalu baca Al-Quran sebab itulah panduan hidup
*Belajar cara untuk hidup bila abah dah takde nanti
*Jangan nakal-nakal
*Jaga pemakanan tu , jangan sampai tak makan

p/s : Dalam surat yang abah tulis untuk aku , dia berkata seperti ini 'kalau sayang abah , jaga lah diri tu elok2 .
       Jangan tinggal solat tu , kalau sayang abah . Walaupun abah takde , tapi abah sentiasa disisi adik untuk
       bersama dengan adik . Abah sayang adik . Wasalam

HANYA ITU YANG MAMPU AKU KONGSIKAN DETIK-DETIK MANIS AKU DENGAN ABAH . 15 TAHUN AKU BERSAMA DIA :)

Saya Telah Kehilangan Abah Tersayang xD

Assalamualaikum wbt . Okay first of all , sorry guys sebab lama tak update . Today my post is a sad post for me .

Saya telah kehilangan abah saya dan abah saya telah kembali ke rahmatullah pada 24 Februari 2012 pada pukul 9.52 malam . Arwah telah pergi meninggalkan saya dan kakak saya . Mesti korang pelik kan , kenapa aku tak cakap arwah telah meninggalkan aku , kakak dan ibu ? Untuk pengetahuan korang , ibubapa aku telah bercerai sejak aku darjah 5 . Then aku baru tahu mereka bercerai sewaktu aku menuntut di Tingkatan 1 , tahun 2010 .

Arwah juga meninggal dunia akibat kanser pankreas stage 4 . Arwah tak dapat dirawat serta-merta lagi . Peluang abah untuk hidup agak tipis . Kata doktor tu buat aku sedih , menangis tak henti-henti . Tu hanya kata doktor , ajal maut jodoh pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan . Aku redha dengan pemergian arwah . Sebelum arwah pergi , dia pernah pesan kat aku , dia cakap yang dia pergi sekejap saja . InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan , kita akan jumpa di syurga nanti . Kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya, buat aku mengalirkan airmata tanpa henti .

Aku juga tak sangka yang tahun lepas merupakan tahun terakhir aku berpuasa/bersahur/beraya/balik kampung dengan nya . Bila diingat kan balik , memori aku dengan abah sepanjang hayat dia , sangat memeritkan hati ni . Apa boleh buat , aku cuma boleh redha dengan pemergiannya . Lebih baik dia pergi daripada dia hidup terseksa dengan penyakit kanser yang boleh mendatangkan maut pada seseorang tu , kan kan ? Alhamdulillah , Tuhan telah makbulkan doa saya , kalau ditakdirkan yang abah pergi , biarlah dia pergi pada hari Jumaat . Apa yang aku nak , betul2 termakbul doa aku , dia meninggal pada hari Jumaat .

p/s : Walaupun abah dah takde , tak bermakna hidup aku sentiasa bosan . Mungkin satu hari nanti bila keadaan aku semakin pulih , aku boleh jadi gembira seperti biasa walaupun dalam hati masih sedih teringatkan arwah . Aku selalu minta pada Tuhan yang aku akan bertemu dengan dia dalam mimpi . Dan ketika aku menaip post ni , airmata aku mengalir . Aku telah kehilangan abah waktu aku berumur 15 tahun . Arwah tidak sempat untuk tengok berjaya . Abah , adik janji yang adik akan belajar sampai ke tahap universiti , tak lupa diri , tak lupa solat dan jaga maruah diri . Last , terima kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik dalam hidup adik . I always love you dad :'(

  MOHD ROSLI BIN YOB MANAN (1957-2012)
        -  Al-Fatihah  -

Friday, 17 February 2012

I MISS MY ADIK , ATIQAH RAFFEE :)

Assalamualaikum guys . Wiwitt awek-awek , balak-balak :) Aku nak luahkan perasaan aku dekat blog jap , wallah wallah jiwang pulok dohh . Okay , dah baca topik kat atas tu , so cerita pasal tu lah kan , tak kan nak story kambing nak keluarkan anak dia pulak . *Gelak . Lawak ah tu ? Phewwwittt . Okay , seriously aku rindu my adik tinggi lampai , Atiqah Raffee . Budak Danau mesti kenal dia en ? Tipu lah kalau tak kenal dia . Aku takpernah cakap pun yang aku gaduh/break/benci sesama sendiri . Aku dengan dia okay je , cuma tak bertegur sapa sejak kebelakangan ni . Mana tak nya , masing-masing dah busy nak belajar bagai . Tambah pulok aku amik exam besar tahun ni . Even aku tak bertegur dengan dia dah , aku tak pernah nak benci dia , sebaliknya , aku rindu dia gila wehh ! Rindu nak tengok dia senyum & rindu nak treat favourite drink dia , Ice Lemon Tea . Favourite aku jugak tu , cehhhhh bangga . Gelak lagi . Lawak ah ? Phewww ! Aku tak kan amik 'adik baru' even budak form 1 baru masuk alam sekolah menengah tu . Sebab sumpah susah nak carik adik macam Atiqah . Susah nak carik pengganti dia yang baru . And aku tak berminat langsung nak amik adik angkat yang lain . Memang daripada aku amik dia as adik angkat aku lagi , aku taknak amik adik yang lain . Bagi aku , dia senang dibawa berkawan , cepat mesra , suka amik berat and sometimes dia amat pemalu orangnya . Sapa rapat dengan dia tahu lah en ? Bila terserempak dengan aku , perkara yang dia selalu buat , tunduk kan kepala ke bawah then tersengih-sengih macam baru first time jumpa . Tu lah antara tabiat pelik dia bila dengan aku . Atiqah Raffee , iloveyouuuuuuuuu tinggi lampai :) Last thing , dia sangat comel dimata saya . Fuhhh jiwang pulok , gelak sorang-sroang jap . Kau sentuh dia ? Aku tepuk dahi kau laju-laju , cehh joke joke joke :)
ThankYou

Thursday, 16 February 2012

ABAH NAK BALIK KL !! MENGGELABAH KEJAP xD

Assalamualaikum ! Today aku bangga gila sebab besok abah balik KL . Tak sabar nak peluk dia nanti . Tapi abah stay KL just one week je dohh . Abah duduk kampung dengan kakak abah sebab abah sakit . Abah balik ni , aku nak jaga dia macam dia  jaga masa aku kecik dulu . Dia tak boleh jalan macam dulu lagi . Now , dia jalan pakai tongkat . Kadang-kadang , tengok dia jalan pakai tongkat , rasa nak menangis pun ada . Dulu , dia buat apa-apa kerja semuanya bersemangat , sekarang , nak tengok dia makan , bercakap pun susah . Dia just boleh terlantar atas katil je . Nak bawak motor , nak jalan-jalan , abah dah tak kuat macam dulu , tak larat macam dulu . Aku teringin sangat nak tengok dia sihat macam dulu , bawak aku pergi mana-mana je , pergi uptown , lepak dekat snooker and whatever lah . Tapi sekarang kalau aku nak pergi mana-mana , kena pergi sorang-sorang je . Now pun , aku pergi sekolah pun jalan kaki , balik jalan kaki . Sumpah berat badan aku turun 3 kilo . Betis pun makin kecik adalah . Hehehehehehe . Rindu kat abah sebab dia tak hantar aku ke sekolah . Dulu dia hantar , balik sekolah semuanya dia yang uruskan . Last year , balik sekolah naik motor dalam hujan lebat , then kereta langgar air yang banjir dekat jalan then terkena kat aku dengan abah , gentle basah kuyup time tu dohh . Time tu kelakar gila sebab masing-masing basah kuyup :') Pada korang yang masih ada papa/dad/daddy/ayah/abah/baba and whatever lah !! Respect lah dorang , jangan buat mereka kecewa dengan kita . Sedih pulok aku ! Kbyeeee :*

Monday, 13 February 2012

Period Pain Today !! Errrrr

Hello . Memandangkan hari ni tak berapa ada mood sangat , so just update a stupid post je lah . My kepala was pening-pening like orang tengah pregnant . Period pun menggatal sangat nak datang harini ! So , aku senggugut gila ! Berguling sini , berguling sana like orang tak senang duduk macam bisul aite ? Taktahu kenapa teruk sangat senggugut ni . Like seriously , badan semua nya lemah-lemah , sakit perut , muntah , sumpah tak larat . Pergi sekolah pun just diam macam otak tengah blank taktahu nak fikir apa . I'm so pendiam much today . Just gelak yang mana mampu I gelak . Selalunya rarely senggugut datang macam ni , takpernah pulak ! Suddenly harini mengada sakit teruk ! Tak kan nak mintak MC kot , baru bulan 2 , nak cuti bagai . Duduk rumah pun bosan , nak main dengan sugar glidder , tapi dia merajuk dengan aku , because last time , aku tak main dengan dia . Hehehehe sumpah otak blank , sorry guys chaw :)

ThankYou

Thursday, 9 February 2012

Merentas Desa Oh Merentas Desa 2012 :D

Hey , hello , holla !! Cakap pasal merentas desa , besok hari Sabtu ada merentas desa . Oleh sebab kita stay di Bandar KL , let me change merentas desa to merentas bandar okay ? Baru cun dohh ! Untuk tahun ni punya merentas desa , aku memang tak buat preparation untuk larian pecut or whatever . Sebab aku dah menghidap penyakit semput . Aku dah fobia nak lari sebab lastyear punya merentas desa , sampai je kat garisan penamat , aku pun pengsan . Sedar-sedar je aku kat dewan . Dengan tak breakfast nya , takde tenaga then nak terus lari . Memang patut lah aku pengsan pun , kankan ? Ish..ish.. Sarah , Sarah xD . Aku tak ready lah nak merentas besok sebab ramai yang hebat lari . Kalau aku masuk pun , confirm aku menang nombor 1 ke belakang , en en ? Memandangkan anak dara ni , kena lah lari slow-slow kan ? Baru nampak keayuan nya . Bytheway , congratulation sapa yang menang merentas desa esok ! Kota Delta , Good Luck ! Lari laju-laju okay . Lagi satu , saya tak dapat datang sebab hal family . So gonna be fun guys . Maaf English aku tunggang-langgang ! ROAD RUN 2012 GEMPAK HABISSSS !! Tahniah eh sapa yang menang :)nKorang memang sportsgirl/sportsmen betullllll :)

AKU COVERLINE DEPAN MADAM JENNY xD

Assalamualaikum ! Selamat sejahtera to all non-Muslim . Today , memang hari yang sangat memalukan aku . Time English , Madam tanya dekat aku , mana monitor , semua jawab takde then dia tanya pulak mana assistant monitor , pun takde jugak . So , dia pun tuding jari aku kat aku . Seriously , aku ingat dia suruh aku cakap 'Goodmorning Madam' . Last-last dia panggil aku . Rupa-rupanya dia tuding jari tadi , dia panggil aku suruh datang depan then dia nak cakap something . Yang tak tahan tu , yang Syicca tak stop-stop gelak kan aku sebab aku cover sangat cakap GoodMorning . Sumpah malu gila dohh . So straight forward buat muka tebal and taktahu malu then gerak depan . Aku pergi kat dia , then dia speaking pulak . Ya Allah , Tuhan saja lah yang tahu macam mana berdebar nya hati aku nak reply dia punya soalan in English . Tangan dah menggeletar macam baru tahu yang aku ni ada penyakit parkinson . Bytheway , tiap kali English je mesti hati aku berdebar tak tentu pasal , macam rasa tak sedap hati bila nak belajar dengan dia . Sepanjang kelas dia , kitorang kena speaking English baik dengan Madam atau member sebelah . Aku boleh lah speaking tapi sikit-sikit je lah . I love English , I love English Teacher , Madam Jenny . Chaw !!

Ahmad Qushairyy Is Mine !!

Assalamualaikum & Hello Hello . Kalau sapa yang perasan , relationship status aku dekat facebook , dengan Ahmad Qushairyy kan ? Eh tu fake je lah . Dia punya real account tengah deactivate untuk sementara . Nanti , dia dah active , aku buat real relationship dengan dia . Dia tinggal jauh dari rumah aku , dekat Damansara . Tapi kampung sebelah rumah aku je kott . Kami menjadi pasangan kekasih sejak 22 Januari 2012 . Ayat aku mintak kaki sangat dohh . Kami memang rapat bila dekat kampung . Selalu lepak dekat sawah petang-petang , then main kejar-kejar macam budak-budak ! Dia pun orang sederhana macam aku . Dia pandai hormat orang , caring , suka tolong orang and paling syok sekali dia suka belanja aku bila kami keluar . Buat masa ni aku tak berani nak upload gambar aku dengan dia sebab makcik-makcik , pakcik-pakcik yang tak berapa aku nak sayang ni jadi friends aku dalam facebook . So nanti dorang suka buat andaian yang bukan-bukan dan buat gossip then report kat parents aku yang aku ni ada boyfriends . Kira okay lah kan aku ada boyfriend dari aku bawak laki masuk bilik ? Sorry joke . Dia boyfriend yang ke 13 untuk aku . Maaf , saya bukan playgril tapi sebaliknya dorang yang suka permainkan perasaan saya . Alamak , amacam jiwang  pulak ni ? Phewwitt . Nak tackle dia ? Langkah mayat aku dulu . Kau nak caras dia ? Tunggu aku break dengan dia satu hari nanti . Okay derr ? Banyak laki lain kay ? Jangan nak rembatt aku punya pulok !!

Monday, 30 January 2012

NEW YEAR OF 2012

Assalamualaikum . Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update . Sebab beberapa bulan yang lepas , blog Shaa ada sikit masalah . Ni lah first post untuk tahun 2012 . Sumpah rindu korang sangat . Sorry tak baca blog korang jugak . Sedih dohh sebab dah lama tak update bagai . Lagipun , tahun depan Shaa jadi mangsa PMR 2013 . Sekarang pun rarely hangout . Life aku tahun ni full of study , study and study . Damn bored sebab asyik belajar and 24 jam menghadap buku . Bytheway , HAPPY NEW YEAR guys . Say GOODBYE to 2011 . Dear 2012 , please be nice to me . Harap-harap , tak banyak masalah yang datang dekat aku . ILOVEYOU ALL :)