Hell-O dear beloved followers and readers . Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi mebaca rutin harian di blog buruk saya ni . Aku nak story pasal kerenah-kerenah kawan-kawan aku sepanjang kitorang pergi Lawatan Sambil Belajar ke Pesta Floria di Putrajaya .
7.15 pagi
Aku bangun , mandi , cuci muka and gosok gigi . After that , aku kelam-kabut carik baju sukan & tracksuit . Then tudung pula macam sial buat hal . Atikah dengan Syicca berlumba-lumba text message dekat aku , asyik tanya pasal aku . Mana tak nya , hujan tak berhenti , last-last minute pula tu . Ayah aku bawak motor selaju-lajunya then berhenti dekat depan school SKDK(2) je , then aku terkejar-kejar Atikah dengan Syicca , aku sampai sekolah rendah around pukul 7.45 something .
8.10 pagi
Sesudahnya sampai di rumah Aishah , aku kena teman Syicca pula pergi rumah Atiqah Raffee nak pinjam baju si Bee Theng panjang tu . Ketuk pintu rumah then bagi salam , ingatkan ada Atiqah sorang je rupanya ada mama dia , so kitorang agak nervous sikit . Then , lepas amik baju semua , gerak balik pergi rumah Aishah . Aishah pun ajak lepak dulu dalam bilik dia sampai pukul 9 pagi macam tu . Then masing-masing
tengah bersiap akhirnya kitorang turun untuk membeli makanan breakfast di kedai nasi lemak .
9.25 pagi
Seterusnya , sampai je dekat kawasan sekolah kitorang terus ke kantin untuk menikmati breakfast secara kelam-kabut . Nampak pula si Safwan dia pergi pakai baju uniform tetap sekolah tu . So masing-masing bagi dia suruh dia tukar baju , hehe . Dalam kelam-kabut tu , yang si Alin pulak belum datang lagi , batang hidung pun tak nampak langsung . Semua dah risau pasal Alin , takut dia datang lambat . Selepas semuanya selesai , aku dengan yang berkumpul di kerusi panjang . Sampai dekat situ , ramai lah juga yang dah berkumpul . Ada 7 , 8 orang yang keluar masuk , mak guard tu sound-sound tak tentu arah dah macam kena sampuk dah aku tengok .
9.45 pagi
Sambung pasal mak guard tu lagi , budak-budak yang pergi lawatan pun ada jugak yang kena free sound dengan dia tu . Tapi certain person , dorang jawab balik apa yang mak guard tu sound . Yee lah kan , aku datang dekat Aishah nak mintak pen , macam apa je tengking-tengking aku . Bahasa dia terlampau biadab sangat tu , kan ? Sapa tak sakit hati kalau kena tengking tanpa buat salah . Act , ramai pelajar tak puas hati dengan perangai mak guard tu , aku pun tak tahu lah . Malas nak amik tahu pasal mak guard yang takde kena mengena dengan aku .
10.00 pagi
Sementara tunggu ustaz , aku just bersembang kosong dengan Syicca and Atikah . Time tu pula , Farah suruh aku tolong kutip borang lawatan tu . So aku pun tolong kutip . Yang aku pelik sangat , mak guard tu tak abis-abis membebel pasal pelajar-pelajar yang keluar masuk kawasan sekolah . Next , ustaz pun sampai . Terpaksa tunggu 15 minit sementara bas datang . So kitorang borak-borak dengan Ustaz Setia .
11.15 pagi
Lepas je masuk bas nak berebut tempat dalam bas , kitorang memekak dalam bas tu . Kitorang ni tak padan dengan anak dara , gelak bukan main kuat lagi . Aku duduk diam-diam dalam bas tu then amik headphone then bukak lagu On The Floor by Jennifer Lopez & Pitbull . Woahh ! Bersemangat hafal lagu tu , hehe . Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit saja .
12.05 tengahari
Dah sampai dekat kawasan Pesta Floria tu tapi cikgu tak bagi masuk lagi , kena makan dulu makanan yang cikgu bagi . Yang kelakarnya , kitorang semua terpaksa makan menghadap longkang pula tu . Haha cikgu-cikgu makan dekat bawah payung , haih bukan main lagi . Abis makan , cuci tangan , buang bekas polistrena tu then minta permission dari Ustaz Setia untuk tengok bunga-bunga sekitar Pesta Floria tu .
12.30 tengahari
Cikgu bagi kitorang masa sampai pukul 4 petang untuk tengok bunga-bunga dekat situ . Paling best , cikgu beri kebebasang untuk kitorang nak melawat tempat yang mana dulu , tu yang terbaek tu kan ! Penat jugak lah berjalan tengahari terik tu nak tengok bunga-bunga .
2.50 petang
Setelah penat ronda-ronda dekat bahagian luar , kitorang gerak tempat nak tengok bunga-bunga cantik dekat tempat yang berhawa dingin . Nama tempat tu Flora Pavillion , nice name kan ? Haha . Dalam jalan-jalan tengok bunga yang dihias penuh aneka warna , aku terserempak dengan model ni . Aku rasa dia pelakon lah , but belum dikenali ramai lagi . Seriously , aku tengok dia dari bawah sampai atas , gentle dia cantik gila wehh ! Rasa nak peluk dia pun ada . Dia pakai baju kebaya , high heels warna coklat hitam gentle cun sial . Alin pula dia pergi buat muka tebal tu , then mintak bergambar dengan kakak cantik tu . Aduyy , malu dohh aku ! Alah dapat tengok dia pun jadi lah , daripada buat kerja bodoh . Lepas abis bergambar dengan kakak tu , kakak tu terus lesap entah kemana hilangnya . Aku nampak tempat makan malam yang dipenuhi dengan bunga ros merah & ros putih . Sumpah , jealous aku !
3.50 petang
Dah abis berjalan jauh tengok bunga-bunga dari luar negara , then kitorang pergi balik ke tempat parking bas . Sementara tunggu cikgu , kitorang lepak dekat kerusi dengar lagu . Sambil tu cerita pasal Yoseob & Gikwang dengan Farah comel .
4.19 petang
Berakhir lah lawatan kami dah bas pun bertolak ke sekolah balik . Aku terus tidur , mengantuk sangat wehh , letih berjalan . Bas pun dipandu oleh pemandunya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan . Okay , takpe . Teruskan tidur lagi . Dah sampai dekat area Jalan Semarak , aku terjaga dari tidur sebabkan kebisingan dorang didalam bas .
6.15 petang
Jyeah baby ! Akhirnya sampai jugak di sekolah . Masing-masing menggeliat sebab terlampau letih sangat kan ? Hehe . Then masuk sekolah dengan muka tebal pergi toilet dulu sebab tak tahan sangat . Lepas pergi toilet aku keluar balik lepak dekat bustop sekolah rendah dengan Nur , Syaz , Farah , Ain , Azreen & 2 orang lain lagi . Kitorang gelak-gelak semua then lepas sorang-sorang parents datang jemput anak dorang . Aku pun buat keputusan call ayah aku and suruh amik aku .
P/S : Bunga yang aku beli sebenarnya untuk Cikgu yang aku suka walaupun dia pernah marah kelas aku , iaitu cikgu Adaiwiyah . Thanks for everything :D Love ya
No comments:
Post a Comment