Friday, 29 July 2011

Lastday Rehat Dekat Sekolah -.-

Hello hello stalker yang saya sayangi . Petang yang indah ni saya nak cerita sikit pasal rutin harian saya dan kawan-kawan di sekolah . Kay , tipu lah kan kalau pergi semua sekolah takde waktu rehat . Mesti ada kan ? Hehe . Hari ni Jumaay bersamaan denga 29/7/2011 adalah lastday untuk pelajar SMKDK berehat . Minggu depan , umat Islam dah kena pusa dalam temph sebulan . So dalam puasa ni dekat sekolah memang kena banyakkan bersabar . Sebab tak larat nak belajar then terasa lapar dan dahaga . So hari ni dekat sekolah makan puas-puas apa yang selama ni kitorang makan . Sebab sebulan kena tengok je lah makanan tu , kita tak boleh makan en ? Imiss canteen ! Selamat berpuasa -.-

Thursday, 28 July 2011

Demam , Batuk & Selsema :'(

Hey sweetalker . Senang cerita , aku nak post pasal penyakit yang susah untuk aku tidur . Okay , aku dapat selsema start semalam . Tak peliknya , aku taktahu dari siapa aku boleh berjangkit dapat selsema ni . Aku memang benci bila selsema ni dah kena dekat aku . Kejap hidung tersumbat , so agak sukar untuk aku bernafas . Serioulsy , menyakitkan hati sangat-sangat selsema ni , so kena terima lah kan . Second , semalam pun dapat penyakit batuk jugak . Penat lah asyik batuk , lepas batuk , batuk lagi . Then , ada satu hari tu memang aku batuk teruk gila , then pergi dekat sinki tengok mulut dah darah . Aku panic gila , just cuci mulut then tak bagitahu parents pun yang mulut aku berdarah . Last , aku demam daripad hari Sabtu minggu lepas lagi . Memang bada aku lemah gila , bila ajak mama pergi klinik , doktor cakap badan aku kekurangan gula . Oh damn it . Masalah nya , bila aku makan roti coklat , bubur ayam , or ubat sekalipun aku akan memuntahkan balik makanan yang aku hadamkan tadi . So mana lah badan tu tak lemah kan ? Memng time demam tu kebetulan period , senggugut teramat sakit sangat then perut pulak sakit , badan lemah . Rasa macam nak nazak dah pun ada oh . Then nak berjalan ke toilet pun badan rasa tak larat and tak mampu nak berjalan . Asal nak jalan je , kepala rasa pening and then rasa macam nak pengsan . Sebab hari Ahad pulak tu , pergi kedai baru nak capai barang terus pengsan . Uncle kedai tu cerita , nasib dia tahu rumah aku . Hehe :D Kbyeee

Babe , tak sabar nak solat terawih =='

Assalamualaikum , hehe . Hey kawan-kawan . Hari ni saya nak story serba sedikit pasal bulan Ramadhan lagi berapa hari lah sangat . So makin lama menunggu makin berdebar nak puasa . Nasib period aku habis awal . So later bila dah nak dekt Raya kot baru dapat period back . Back to our story , act aku tak sabar gila nak solat terawih dengan cousin aku and kawan-kawan aku yang gila-gila macam aku juga . Then buat BBQ bagai , syok gila babih . So bila dah puasa nanti , kepala otak ni asyik fikirkan pasal baju raya and tak sabar nak beraya . Okay , cepat lah puasa nak solat terawih , nak solat terawih . Bila puasa ni , aku teringatkan cerita Upin & Ipin . Both of them , semuanya comel-comel belaka . Aku memang suka nak berpuasa sebab bulan Puasa ni lah paling happy bagi aku . InsyaAllah , aku dapat tambahkan pahala and banyak kan bersabar . Then , tengok mama buat kuih raya bagai . Kayy , memang tetap dah tahun ni aku pakai baju kurung moden bertemakan hitam merah . Fuhh red black kawan macam Emily en ? Haha . SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA DAN PUASA PENUH OKAY . Bagi yang perempuan tak dapat nak dielakkan kalau anda cuti . Hm -.-

Happy Birthday Melody !!

Assalamualaiukum to all blogger yang beragama Islam . Hey to yang bukan Islam okay . Firstly , aku nak buat post pendek je lah pasal pelakon Indonesia yang paling aku minat sekali , iaitu Chelsea Olivia atau lebih popular dengan nama Melody . Since aku tengok cerita Cinta Melody , sejak tu lah aku minat dekat dia ni . Aku suka gila kalau time dia menangis , sebab dia suka ketap bibir dia so terserlah kecomelan nya okay . Kau jealous aku puji dia ? Kayy , kau pun cantik juga . Happy Birthday to Melody , sebab harini birthday dia yang ke berapa tahun entah . Asalkan tahu dia punya tarikh sudah . Kayy , sumpah dia ni cantik gila dalam cerita Melody . Habis je Cinta Melody , keluar pula cerita Kawin Masal lakonan boyfriend si Melody ni iaitu Glenn Alinskie . Memang sesuai gila dohh , dorang couple . Tapi kalau dia Melody couple dengan Randy Pangalila tu secara real gentle lagi sweet wehh ! Dorang dua orang ni serasi gila bila tengok doarang berlakon dalam cerita Cinta Melody tu . Okay , chao . Kbyeeee**

Malaysia vs Singapore

Wey stalker . Aku mau cerita pasal bab sukan pulak . Today , aku dah pun gerak ke Stadium Nasional untuk menyaksikan perlawanan Malaysia dengan Singapore . Okay , awal-awal aku dah cadang taknak bawak camera sebab ramai orang en , takut ada yang main tarik je camera tu . Dengan bangganya aku memakai jersi Biru menyokong pasukan Harimau Malaya . Kayy kalah menang adat pertandingan . Yang penting aku dah tengok secara live . Apekk dengan Amirulhadi tu aku punya idola dalam sukan bolasepak lah . Sebab dorang hebat main dan confident untuk menang apa-apa pun pertandingan . Hope , Harimau Malaya boleh masuk ke peringkat Piala Dunia . Bila lagi en nak masuk Piala Dunia . Hm , kalau dulu boleh lah ada arwah Mokhtar Dahari . Imma tell you that i love Malaysia so much :-/

Atikah Menangis Dalam Kegembiraan -.-

Hey stalker . Wa mahu update post pasal ini budak kawan baik wa dari darjah 6 lagi . Wa tak faham betul dengan dia , tadi dekat dalam lab Science dia cakap dekat wa , yang dia gastrik . Dia kata dia senak bulu hati , hehe . Selama wa hidup ni wa tak pernah dengar ada orang sakit bulu hati . Pembetulan ye Atikah , wa pernah dengar orang senak hulu hati ada lah . Watlek watpeace , lu banyak baik punya orang . Dalam dia gastrik tu , dia boleh pulak menangis depan wa , waktu wa tengah makan dekat kantin time rehat . Entah apa si Syicc cakap pun wa taktahu . Wa pandang-pandang je , tengok si bini Nick tu sudah menangis . Then dia usya-usya muka wa , dia kata dekat wa , air mata wa bertakung . Wa tengok lu nangis terus wa tak jadi nangis . Wa sedut balik airmata wa sebab lu lah derr . Wa taknak tengok lu menangis lagi sebab tengok wa menangis . Wa suka menangis time nyanyi lagu Jar Of Hearts je . Sampai wa pun boleh edit lagi lirik tu jadi kan nama lu dengan Nick tu . Tyke , wa takmau lu nangis-nangis lagi , tahu ? Nanti mata lu takde cantik lohh . Nanti Nick takmau sama lu , sebab lu suka nangis . Post pendek , kayy . Lu Tyka , lu baca ini post lu jangan gelak haa -.-

Wednesday, 27 July 2011

Kuey Tiaw Kuey Tiaw =='

Hey peeps . Today i want to story about my Bunny masak kuey tiaw . Hm , tadi masa rehat aku sorang je pergi beli laksa . Yang lain semua tak sabar nak merasa kuey tiaw masakan Bunny . Okay fine , at least aku pun rasa jugak kan ? Hehe . Sambil aku makan laksa , sambil tu lah aku cilok jugak kuey tiaw . Bila dah makan , gentle sedap . Bunny dah boleh kahwin dah ni , dah pandai masak kuey tiaw tu . Haha jokejoke . Then , after finish the recess kami semnua terus beratur di Laman Bestari . Class kitorang diam je tapi naik class second last babe . So ada yang tak puas hati bagai . Aku watlek watpeace , haha . Next post babe :D

Tuesday, 26 July 2011

26/7/2011

Assalamualaikum . Nak baca , silakan . Taknak baca kau blahh ! Hm , aku tahu pa yang jadi dekat aku sebab hari ni pecah rekod aku datang sekolah pukul 12.40 tengahari . Selalunya datang 12.20 macam tu . Hm , maybe sebab aku kurang tidur semalam and sampai terlajak masa aku tidur . Aku sedar-sedar je dari tidur terus tengok jam , jam dah pukul 12.20 . Apa lagi , kelam kabut lah aku siap , gosok gigi , mandi , cuci muka bagai and the last , aku pakai baju semua tu lah . After that , dah sampai sekolah terus buat muka tebal pergi dekat Atikah . Atikah dah pandang lain macam , babe sorry lah aku datang lambat . Then , PJK pukul 4.30 tadi , gentle boring kayy . Dah lah hari ni lastday PJK sebab minggu depan dah nak puasa en ? Hehe pfft -.- Bytheway , dalan kebosanan tu , Cikgu Asniza ajak main teka-teki , so go on lah kitorang main . Lepas sorangsorang nak join main teka-teki . Then kena gilir-gilir bagi teka-teki , hehe . Asyik aku , dengan cikgu je yang banyak bagi teka-teki . Sampai satu time otak aku blurr , macam baru lepas photostat . Err shaa shaa . Waktu BM pulak tadi , asyik kena cubit je dengan Cikgu Juhaida . Aku tak faham betul dengan cikgu tu , asyik-asyik cubit aku . Hey berbisa teramat sangat bila kena cubit dengan dia . Hm , abis bengkak-bengkak dah . Hm kayy shortpost je babe . Penat nk update blog buruk ni :D

Monday, 25 July 2011

AKU NAK BERUBAH :')

Assalamualaikum and hello to dear beloved followers . Okay , disebabkan bored sangat , tanpa membuang masa ku just update post baru di dalam blog buruk aku ni . Whats your suggestion if i wanna change my attitude ? Hehe nonsense babes . Eh , aku rasa kan dah sampai masanya untuk aku berubah and mulakan hidup baru . Aku nak try jadi lebih matang , aku nak try jadi budak yang pandai berfikir sama ada baik atau tak , just a simple person . Aku mengaku , sometimes perangai aku macam kebudak-budakkan and sometimes aku jadi matang . Tapi semua tu hanya sekejap saja . Come on Shaa , next year kau dah naik form3 , perangai kena jadi lebih matang lagi . Okay , aku minta maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan hati korang . Act , aku takde niat pun sebenarnya nk sakitkan hati kawan-kawan aku and sesiapa je lah yang sewaktu dengan nya . Then , aku perlu ambil masa yang agak lama untuk aku berubah . Tanpa aku sedar , bila aku fikir balik aku tak boleh bersikap macam ni . Kayy , bagi aku chance untuk aku ubah perangai , and sesiapa tolong jangan halang aku untuk berubah demi kebaikan aku . Thanks babes , im so sorry*

PUASA RAMADHAN LAGI SEMINGGU -.-

Assalamualaikum . Post ni especially untuk umat Islam je okay . Pejam celik pejam celik sekejap je nak puasa kan ? Lebih kurang seminggu lagi puasa akan tiba . Tak sabar nak solat terawih balik buat tahun ni punya . And baju kurung moden warna merah hitam tak lama lagi siap . Hope , takde masalah apa-apa lah sepanjang menjalankan ibadat berpuasa . Alhamdulillah , aku telahpun bersedia untuk berpuasa , sahur babes ! Minggu ni kena makan puas-puas sebab puasa kan nak tiba dah . Then kena tunggu Raya Pertama lah nak makan pagi balik . Sebelum puasa kitorang dah rancang nak raya and hangout dekat mana . Hehe at least , bulan puasa yang mulia ni kita dapat menambahkan lebih pahala daripada dosa right ? Syaitan , iblis semua dikurung ketika bulan puasa . Even ku umur dah 14 tahun , tapi mercun and bunga api tak boleh ditinggal macam tu saja . Perkara paling wajib tahu bila bulan puasa . Bila habis je berbuka , semua bawak bunga api and mercun masing-masing then main lah sama-sama . Tu lah paling best sekali . Tahun lepas , kitorang ni nakal sikit , bakar mercun naga then campak dekat rumah orang , kebetulan rumah orang tu ada alarm so alarm tu berbunyi kitorang terus lari dengan lajunya . Oh god , zaman kegemilangan , masa bulan puasa lah . Then 2 minggu sebelum nak raya , tolong mama buat kuih raya . Kalau nak raya rumah kawan-kawan aku ni , makesure ada biskut Almond London , Chocolate Chip & biskut Samprit . Tiga-tiga biskut tu , favourite aku masa raya . Then juadah yang paling aku minat waktu raya ialah laksa , soto , nasi ayam and nasi impit dengan kuah kacang . Berat badan tak naik-naik tu yang pelik tu . Waktu puasa pulak aku selalu pergi bazaar pun just beli ikan bakar , oblong , kuih-muih and air tembikai tak boleh lupakan okay . Hehe tu je lak kot yang aku boleh cerita . Kepada umat Islam , aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA UNTUK TAHUN 2011 ni . Raya jangan lupa datang rumah aku , duet raya menanti anda , hehe ayat bodoh je tu :D Kbaii , chao

Budak Baru Dalam Kelas -.-

Hey to all beloved blogger . Hari ni hari Isnin bersamaan dengan 25/7/2011 . Okay masa waktu Pendidikan Sivik tadi kitorang tengah best buat kerja suddenly Puan Ding datang masuk dari pintu belakang . Then semua terus diam membisu macam nampak hantu . Bak kata orang bila semua diam secar tiba-tiba tu tandanya malaikat lalu . Hehe forget about it . Back to our story , Puan Ding masuk sebab dia tanya pasal budak selalu buat masalah dekat sekolah , nama dia Jin Yii . Puan Ding cakap , dia ni selalu pergi sekolah sukahati dia nak datang pukul berapa . Selepas habis cerita pasal budak tu , Puan Ding bawak masuk budak perempuan students baru dekat sekolah kita . Nama dia Nur Afrina just call her Ina . Kayy , Ina ni nampaknya macam budak malu lah kan sebab baru masuk , rupa-rupanya dian ni cepat friendly dengan kitorang . Alhamdulillah , kitorang selesa berkawan dengan dia . Dia boleh dikatakan baik , friendly and sporting . Dia pun gila-gila macam kami jugak . Sebelum ni dia pernah bersekolah di Sekolah Menengh Kebangsaan ST.MARY & Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa . Oh god ! Semuanya sekolah pandai-pandai yang dia masuk . And the last , dia masuk sekolah SMK DANAU KOTA sebab dia pindah rumah include dengan pindah sekolah . Tengok style dia macam orang pandai , hehe tapi tak tahu . Kami pun baru berkawan dengan dia . Kbaii , chao*

Sunday, 24 July 2011

New Besties Boo :D

Hey guys . Hari ni aku nak cerita pasal seorang kawan baru aku ni . She's name Ilya Zulaikha . Umur dia 15 tahun masa 7 April yang lepas . Kayy , kalau tengok style seriously nampak macam form 4 . Tengok diri dia , aww nampak matang , perghh ayat . Kalau usya dia betul-betul muka dia comel kan , bila pakai spect . Dia boleh dikatakan caring , lovely and friendly . Alhamdulillah , aku dengan dia masih berkawan ala-ala je lah . Takde lah rapat sangat dengan dia ni . Hm , belum kesampaian lagi nak hangout or berjumpa dengan dia . Mesti sweet dohh kalau dia jadi model , sebab dia tinggi and ada characteristic jadi model . Kejap , aku tengah blurr nak cerita pasal dia ni . Terus terang bercakap , aku selesa berkawan dengan dia . Tapi dia ni ada prinsip dia tersendiri tahu ? Hehe . Dia ni tak mudah untuk bercinta , hehe . So rarely tengok dia couple wehh . Bytheway , aku suka dia punya kening , mata , bibir and muncung dia yang comel tu . Hey , even aku baru kenal dia ni , dia tak lah menyombong sangat dengan aku . Certain person bila aku nak berkawan terus reject sebab pandang rendah dekat aku . Dia pun boleh dikatakan caring jugak lah . Tak silap aku , dia sekolah dekat Sekolah Bandar Tun Hussein Onn . Babe , dia sama school dengan Elfira Loyy kan ? Sorry kalau tersalah info . Hee dalam banyak-banyak gambar , aku suka gambar yang dia buat muncung sebab muncung dia sexy . Yes , you kawan baru i . Hope you sudi jdi bestfriend i and sayang you sampai mati dohh . Okay , i called her Gemuk Tinggi , haha comel kan ? Dia yang nak i panggil dia macam tu . Last words , iloveyou bie . Hehe kbaii

Saturday, 23 July 2011

Story about Maddi Jane -.-

Hello to all readers and dear followers . I want to story about Maddi Jane . Eh , tipu lah kan kalau ada orang yang tak kenal dengan dia ni . Dia pun dah makin popular , hehe . Dia just suka-suka cover lagu orang especially lagu Price Tag . Gentle , suara dia sedap wehh ! Sampai boleh tertidur lah bila dengar suara dia ni . Start kawan aku cerita pasal dia , aku terus minat nak cebur kan diri dalam bidang nyanyian . Now masih mengikuti kelas gitar . Teringin sangat nak record lagu Jar Of Hearts by Christina Perri . Okay , lagu tu memang kena dengan kepala otak aku . Bila aku nyanyi lagu ni mesti irmata terkeluar . Pelik dohh , dah banyak kali try takmau keluarkan airmata , tapi masih lagi nak keluar . Back to our story , Maddi Jane tak silap aku , umur dia 12 tahun rasanya , tua setahun daripada Greyson Chance . Both of us memang comel-comel belaka . Nak jadi macam Maddi Jane boleh tak ? Suka-suka cover lagu orang . Tu lah hobby saya . Hehe one day , aku akan jadi macam dia jugak . Tak boleh jugak kalau nak berharap je tapi usaha satu pun tak buat , kankan ? Okay chao -.-

Rider Fixie di SMKDK 2011

Okay , firstly nak cerita pasal Hari Kayuhan Amal yang aku tidak menghadirkan diri ke sekolah hari ni kerana ada event wedding . Tu cerita tolak tepi kayy . Ramai member-member aku bagitahu budak-budak pagi and petang ramai yang bawk fixie sempena kayuhan amal tu . Oh god ! Ruginya aku tak pergi , kalau tak aku dah lama dah bawak fixie aku . Mesti best dohh ride fixie ramai-ramai then tengok dah macam konvoi fixie include cikgu-cikgu yang naik . Dorang kata , sapa sewa basikal , dorang sewa fixie . Tu lagi lah best . Tapi boleh ke cikgu perempuan yang naik fixie ? Hehe joke joke , jangan pandang sebelah mata okay . Tapi pecah rekod kayy , kitaorang dah macam big family . Aku tak puas hati sebab aku tak boleh pergi , ni semua sebab wedding tu lah , err annoying :D

Friday, 22 July 2011

Mengapa perlu ada perasaan cemburu ?

Heyheyheyhey . Aku dah serik nak couple sebab time couple ni lelaki pandai menggunakan ayat yang sangat romantik untuk pikat perempuan yang dia suka tu . Then bila dah ada perhubungan , mula lah amik perempuan lain pula . Tapi bila tengah mengadakan hubungan dengan lelaki , and then kita lepk dengan lelaki lain dia akan kata kita curang sama dia . Sedang kan lelaki itu kawan rapat kita semasa waktu kecil lagi . Kecil-kecil sama-sama main masak-masak , main teng-teng tapi masih dilabelkan 'pencurang' . Ni lah hakikatnya bila sudah ada yang berpunya , susah nak berikan kepercayaan walaupun sedikit saja . Sebaliknya , menambahkan kesakitan di hati kita , adalah . Bila break mula lah masing-masing taknak bertegur sapa , kan ? Hm , tu lah lumrah manusia bila ada yang berpunya ataupun  single . Post penddek ,

14 tahun hidup dekat atas dunia :)

Hello , hey , haha . Today aku nak post pasal aku dekat atas dunia yang mulia ni tapi dipenuhi dengan kebosanan . Okay , 14 tahun aku hidup , baru tahun ni aku rasa tahun ni tahun paling boring untuk aku . First , kawan-kawan lama semua dah ke sekolah lain . Ada jugak beberapa kawan aku yang berubah menjadi lebih liar . Aku sedih tengok mereka , hehe . :'( Then , tahun ni asyik aku je yang selalu dipersalahkan walaupun tak pernah dibuat . Tahun ni pelajaran aku sangat-sangat teruk gara-gara banyak bercakap , bermain and tak tumpukan perhatian dia dalam kelas mahupun di tempat yang sewaktu dengan nya . Tahun ni aku paling aku sakit hati . Hanya beberapa perkara saja yang membuatkan aku happy . Iaitu , aku dapat berkawan dengan kawan baru , and dah tak mintak duet belanja sekolah dari makbapak aku . Aku belajar mencarik duet belanja sekolah sendiri . Hehe tu lah perkara yang best sekali . Tahun ni merupakan tahun paling teruk bagi aku sebab aku dekat dunia ni macam dah takde apa-apa . Tapi di sebalik kebosanan aku ni , aku hampir memasang niat untuk membunuh diri , melarikan diri dari rumah dan sering bercerita kepada kawan-kawan yang aku akan mati dan semua orang mula marah aku pasal kejadian tersebut . Aku rela mati daripada aku menempuh dugaan yang Allah berikan kepada aku . Kenapa Allah sanggup menguji makhluknya sampai begitu sekali ? Hehe aku sedang menunggu giliran aku untuk ke rahmatullah . Bila pulangnya ke rahmatullah , ramai yang akan mula melupakan aku dan siapa aku sebenarnya . Thanks takde mood sial !

Thursday, 21 July 2011

Kayuhan Amal 2011

Hello .
Assalmualaikum . Post lagi okay kan ? Chill . Nak cerita tentang Kayuhan Amal yang akan disambut hari Sabtu ni bertempt di SMK DANAU KOTA . Then , tujuan cikgu buat majlis ni pun sebab nak kumpul duet untuk menaiktaraf kan bangunan-bangunan sekolah kitorang supaya nampak lebih canggih . So cikgu telah menarget duet yang boleh kita kumpul sebanyak RM75,000 . At the same time , sudah 3 minggu berturut-turut kita hanya dapat mengutip lebih kurang RM20,000 . Target bukan main jauh lagi . Last-last dapat tak sampai mana pun . Gentle malu gila nak pergi rumah-rumah orang then buatmuka tebal mintak derma . Aku rasa dah macam pengemis . Nanti orang cakap muka tak tahu malu nak naiktaraf bangunan sekolah tapi mengharapkan derma orang . So aku hanya kutip RM10.00 . Tu sebab aku malas nak kutip , semua bagi alasan nak bayar duet sewa , belum dapat gaji lah , aww macam-macam aku dengar dorang bagi alasan . Akhir sekali , aku buat keputusan and aku cakap dekat cikgu tu je yang mampu aku kutip . Yang lain semuanya save duet taknak derma aml . Kthanksbye

Banyak dugaan :'(

Hey to all dear beloved followers . Today aku nak story pasal diri aku yang malang sangat hari ni . Firstly , kayu untuk experiment KH hilang . Sherrynn gatal tangan pergi main-main benda alah tu then time balik baru lah macam babi nak hilang . Bila aku selongkar beg aku tengok takde langsung . Tengahari ni masuk kelas , carik benda alah tu lagi , oh fuck masih tak jumpa . Check beg Kristina takde pul . Then , kebetulan Jeshanu pun datang , so aku tanya dia kau ada bawak balik kayu lebih tak , then dia cakap ada . Aku punya marah , terus hilang wehh ! Second , cikgu membebel cakap aku ni nakal , ganas bagai . Hello , diri aku , aku punya suka lah . Third , cikgu membebel lagi pasal duet Kayuhan Amal maksimum RM50 . Fourth , badan aku and tulang belakang aku tersangat lah sakit sebab ena peluk aku kuat gila . Last , tangan aku kebas tolong member-member aku gosok kayu tu sampai licin guna kertas pasir . Takde gaji kayy , hehe . Post ini pendek . Awak bosan ? Pergi blog orang lain lah , takpayah semak dekat sini . Lek lah , gurau jap :D

Tuesday, 19 July 2011

Tak reti main futsal :(

Hello korang . Asyik aku je yang update blog . Bila nak baca blog orang lain semuanya belum diupdate . Maybe dorang busy kot , kan ? Firstly nak cerita pasal waktu kitorang semua tengah PJK dekat Laman Bestari . Tunggu undi-undi bagai kitorang pun start lah main futsal . Gentle , aku ni kekok tak reti main . Tengok lah Syaz macam mana kan , badan kecik senang lah celah sana , celah sini . Yang main pun tadi just aku , Aishah , Atikah , Syicca , Mera , Sheffa , Farah , Hakimah and Syaz . Kelakar wehh main dengan dorang . Sakit perut pun sebab menggelakkan dorang main futsal , lawak sangat . Biasalah anak dara kan , mana reti main sangat . Suara kitorang lah yang paling kuat sekali bila gelak . Back to our story , ramai jugak lah yang usya-usya kitorang main . Sementara nak ledak kan gol untuk pihak lawan , si Hakimah sempat lagi main sep sep tom tom . Then bila bolah sampai dekat dia kelam-kaut dia kejar bola tu , nasib baik tak gol . Haha main suka-suka then bila tanya erapa dah , semuanya buat muka blur . Dah macam tu , malas lah nak main . Semua hempapkan punggung duduk dekat atas batu . Maisng-masing sesak nafas , hehe . Atikah dengan Aishah lari masuk toilet . Bila aku nak gerak pergi toilet , dengan muka tebal nya Atikah masuk kan baju dia dekat dalam seluar , gentle tersangat lah skema . Then dia tak perasan pula tu yang masuk kan baju tu . Lepas tu , gelak sorang-sorang macam tade effect je bagitahu dia , err . Okay sampai sini je lah aku type . Penat sangat ni wehh :D Bye :D

Saturday, 16 July 2011

Pergi ke sekolah dengan status Single 100% :D

Dear 56 followers , hari ni aku terlampau bosan sangat duduk rumah , so aku membuat keputusan untuk meng-edit blog . Oh lupa , selamat datang ke blog buruk kepunyaan saya . Today i want to about my relationship status . Okay , start hari Isnin yang mulia ini aku , aku pergi ke sekolah dengan menggunakan status single and totally available . Biasalah kan kalau dah kata aku single its mean baru break lah tu kan ? Hehe . Aku tak suka bila time couple ni , antaranya ialah kena game dan gila perempuan . Yee lah kan , tak cukup satu , dia pasang 2 lagi tanpa pengetahuan kita . After this , kalau orang tanya aku couple dengan siapa , automatic aku akan cakap yang aku supersingle and available . Setakat ni aku belum ready untuk menerima sebarang permintaan untuk couple dengan aku . In fact , hari ni ada 2 orang lelaki handsome lah jugak , dan masing-masing berumur 16 tahun mintak couple . Aku diam saja , tak balas pun chat dorang . Buat don't know je lah kan ? One more thing , kalau couple ni bila texting message memang kena guna banyak credit . Kalau paling best couple , ialah berpegangan tangan bila keluar hangout or first date di tempat yang selalu remaja hangout lah , hehe . Perkara pertama yang laki akan mintak bila kita dah couple , ialah mintak permission untuk kiss ataupun lovebite seperti di leher , mulut , tangan dan sebagainya . Tapi aku belum terpasang niat aku untuk kiss dekat mulut lagi . If kena kiss di pipi tu takpayah cakap lah , makbapak aku pernah kiss . Biasalah tanda dia sayang dekat kita lah kan ? Hehe . Yang pelik satu je , bila dah couple konon nya tak boleh tinggal perkataan 'ILOVEYOU' & 'IMISSYOU' tu , bila break , dia masing-masing menggunakan ayat 'IHATEYOU' untuk text terakhir sebelum tak bertegur antara satu sama lain sampai bila-bila . Okay lah cerita panjang-panjang aku yang menangis :D

p/s : Aku hanya berserah kepada Allah s.w.t untuk menentukan siapa jodoh aku . Kerana ajal dan maut terletak ditangan tuhan . Dan hari-hari aku berdoa supaya aku dilindungi dari api neraka dan aku meminta agar aku dapat jodoh yang sesuai untuk aku . Dah abis baca ? Okay tekan button X okay :))

Friday, 15 July 2011

Finally , dia sudah tegur aku balik :XD

Assalamualaikum kepada followers yang cantik-cantik & kacak-kacak . Sorry , hari ni lambat update post sebab , hujan lebat sangat so line broadband pun sangat laju macam siput . Gentle , broadband tu meguji kesabaran aku betu lah , hehe . Back to our story , hari ni last sekolah untuk minggu ni . So aku datang lambat sikit , lebih kurang pukul 1.10 petang . Bila dah sampai dekat sekolah , terserempak dengan Aishah dekat cermin area kedai buku tu . So buat muka blurr , then pergi dekat dia . Tengah nak berjalan tetibe pula kakak kedai buku tu panggil Aishah , aku pun ikut sekali . Then tengah duk cakap-cakap dengan kakak kedai buku tu , si Atiqah pula gatal pergi sweet-sweet macam tikus . Act , aku dengar sebenarnya yang dia sweet dekat aku , but aku just buat tak dengar saja . Time lepak kedai buku tu , tetibe Atiqah tarik tangan aku then tersengih-sengih macam orang sewel . Seriously , aku rindu gila nak tengok muka dia yang bila jumpa aku mesti selalu tersengih-sengih . Sapa tak terkejut kan , tiba-tiba tarik tangan , lain kali bagi salam dulu yee adik . Alhamdulillah , aku sudahpun bertegur balik dengan dia selepas 2 minggu berturut-turut aku tak bertegur sapa dengan dia langsung . Kalau terserempak pun , masing-masing buat bodoh je , macam tak wujud je wehh ! Bila tanya kenapa tak tegur aku , dia just jawab dia ada banyak probs . Ehh , tak kan sampai taknak tegur pula kan ? Perangai dia memang macam tu , kalau bagi alasan serupa jawapan budak darjah 1 je . Tapi , aku memang happy gila bila dia sudah tegur aku . Tapi kesian , permintaan dia untuk memeluk aku masih tak ditunaikan oleh aku . Sorry dik , hari isnin masih boleh peluk lagi kan ? Hehe hilang rindu sis dekat adik . Thanks , iloveyou sayong :D

p/s : Aku sayang kau , kau tahu kan tu ? Cuma aku saja taknak menunjuk sayang aku dekat kau . Aku tak jumpa kau sehari , rindu aku dekat kau membuak-buak wehh ! Last word , iloveyou more then more adik :D

Thursday, 14 July 2011

Pesta Floria 2011 , Putrajaya .

Hell-O dear beloved followers and readers . Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi mebaca rutin harian di blog buruk saya ni . Aku nak story pasal kerenah-kerenah kawan-kawan aku sepanjang kitorang pergi Lawatan Sambil Belajar ke Pesta Floria di Putrajaya .

7.15 pagi
Aku bangun , mandi , cuci muka and gosok gigi . After that , aku kelam-kabut carik baju sukan & tracksuit . Then tudung pula macam sial buat hal . Atikah dengan Syicca berlumba-lumba text message dekat aku , asyik tanya pasal aku . Mana tak nya , hujan tak berhenti , last-last minute pula tu . Ayah aku bawak motor selaju-lajunya then berhenti dekat depan school SKDK(2) je , then aku terkejar-kejar Atikah dengan Syicca , aku sampai sekolah rendah around pukul 7.45 something .

8.10 pagi
Sesudahnya sampai di rumah Aishah , aku kena teman Syicca pula pergi rumah Atiqah Raffee nak pinjam baju si Bee Theng panjang tu . Ketuk pintu rumah then bagi salam , ingatkan ada Atiqah sorang je rupanya ada mama dia , so kitorang agak nervous sikit . Then , lepas amik baju semua , gerak balik pergi rumah Aishah . Aishah pun ajak lepak dulu dalam bilik dia sampai pukul 9 pagi macam tu . Then masing-masing
tengah bersiap akhirnya kitorang turun untuk membeli makanan breakfast di kedai nasi lemak .


9.25 pagi
Seterusnya , sampai je dekat kawasan sekolah kitorang terus ke kantin untuk menikmati breakfast secara kelam-kabut . Nampak pula si Safwan dia pergi pakai baju uniform tetap sekolah tu . So masing-masing bagi dia suruh dia tukar baju , hehe . Dalam kelam-kabut tu , yang si Alin pulak belum datang lagi , batang hidung pun tak nampak langsung . Semua dah risau pasal Alin , takut dia datang lambat . Selepas semuanya selesai , aku dengan yang berkumpul di kerusi panjang . Sampai dekat situ , ramai lah juga yang dah berkumpul . Ada 7 , 8 orang yang keluar masuk , mak guard tu sound-sound tak tentu arah dah macam kena sampuk dah aku tengok .

9.45 pagi
Sambung pasal mak guard tu lagi , budak-budak yang pergi lawatan pun ada jugak yang kena free sound dengan dia tu . Tapi certain person , dorang jawab balik apa yang mak guard tu sound . Yee lah kan , aku datang dekat Aishah nak mintak pen , macam apa je tengking-tengking aku . Bahasa dia terlampau biadab sangat tu , kan ? Sapa tak sakit hati kalau kena tengking tanpa buat salah . Act , ramai pelajar tak puas hati dengan perangai mak guard tu , aku pun tak tahu lah . Malas nak amik tahu pasal mak guard yang takde kena mengena dengan aku .


10.00 pagi
Sementara tunggu ustaz , aku just bersembang kosong dengan Syicca and Atikah . Time tu pula , Farah suruh aku tolong kutip borang lawatan tu . So aku pun tolong kutip . Yang aku pelik sangat , mak guard tu tak abis-abis membebel pasal pelajar-pelajar yang keluar masuk kawasan sekolah . Next , ustaz pun sampai . Terpaksa tunggu 15 minit sementara bas datang . So kitorang borak-borak dengan Ustaz Setia .

11.15 pagi
Lepas je masuk bas nak berebut tempat dalam bas , kitorang memekak dalam bas tu . Kitorang ni tak padan dengan anak dara , gelak bukan main kuat lagi . Aku duduk diam-diam dalam bas tu then amik headphone then bukak lagu On The Floor by Jennifer Lopez & Pitbull . Woahh ! Bersemangat hafal lagu tu , hehe . Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit saja .

12.05 tengahari
Dah sampai dekat kawasan Pesta Floria tu tapi cikgu tak bagi masuk lagi , kena makan dulu makanan yang cikgu bagi . Yang kelakarnya , kitorang semua terpaksa makan menghadap longkang pula tu . Haha cikgu-cikgu makan dekat bawah payung , haih bukan main lagi . Abis makan , cuci tangan , buang bekas polistrena tu then minta permission dari Ustaz Setia untuk tengok bunga-bunga sekitar Pesta Floria tu .

12.30 tengahari
Cikgu bagi kitorang masa sampai pukul 4 petang untuk tengok bunga-bunga dekat situ . Paling best , cikgu beri kebebasang untuk kitorang nak melawat tempat yang mana dulu , tu yang terbaek tu kan ! Penat jugak lah berjalan tengahari terik tu nak tengok bunga-bunga .

2.50 petang
Setelah penat ronda-ronda dekat bahagian luar , kitorang gerak tempat nak tengok bunga-bunga cantik dekat tempat yang berhawa dingin . Nama tempat tu Flora Pavillion , nice name kan ? Haha . Dalam jalan-jalan tengok bunga yang dihias penuh aneka warna , aku terserempak dengan model ni . Aku rasa dia pelakon lah , but belum dikenali ramai lagi . Seriously , aku tengok dia dari bawah sampai atas , gentle dia cantik gila wehh ! Rasa nak peluk dia pun ada . Dia pakai baju kebaya , high heels warna coklat hitam gentle cun sial . Alin pula dia pergi buat muka tebal tu , then mintak bergambar dengan kakak cantik tu . Aduyy , malu dohh aku ! Alah dapat tengok dia pun jadi lah , daripada buat kerja bodoh . Lepas abis bergambar dengan kakak tu , kakak tu terus lesap entah kemana hilangnya . Aku nampak tempat makan malam yang dipenuhi dengan bunga ros merah & ros putih . Sumpah , jealous aku !

3.50 petang
Dah abis berjalan jauh tengok bunga-bunga dari luar negara , then kitorang pergi balik ke tempat parking bas . Sementara tunggu cikgu , kitorang lepak dekat kerusi dengar lagu . Sambil tu cerita pasal Yoseob & Gikwang dengan Farah comel .

4.19 petang
Berakhir lah lawatan kami dah bas pun bertolak ke sekolah balik . Aku terus tidur , mengantuk sangat wehh , letih berjalan . Bas pun dipandu oleh pemandunya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan . Okay , takpe . Teruskan tidur lagi . Dah sampai dekat area Jalan Semarak , aku terjaga dari tidur sebabkan kebisingan dorang didalam bas .

6.15 petang
Jyeah baby ! Akhirnya sampai jugak di sekolah . Masing-masing menggeliat sebab terlampau letih sangat kan ? Hehe . Then masuk sekolah dengan muka tebal pergi toilet dulu sebab tak tahan sangat . Lepas pergi toilet aku keluar balik lepak dekat bustop sekolah rendah dengan Nur , Syaz , Farah , Ain , Azreen & 2 orang lain lagi . Kitorang gelak-gelak semua then lepas sorang-sorang parents datang jemput anak dorang . Aku pun buat keputusan call ayah aku and suruh amik aku .

P/S : Bunga yang aku beli sebenarnya untuk Cikgu yang aku suka walaupun dia pernah marah kelas aku , iaitu cikgu Adaiwiyah . Thanks for everything :D Love ya

Terharu , XD

To beloved followers ,
Today i want to post about my lil sis . Dialah Atiqah Raffee yang berumur 13 tahun dan sekolah di SMK Danau Kota . Tak payah nak tahu pasal diri dia sangat . Berbalik kepada cerita yang aku mahu ceritakan okay . Pukul 8.33 malam aku online facebook aku and notification aku ada 76 , friend request aku ada 23 masih belum di approve , seterusnya message ada 2 . Ofcourse lah bukak notification , penuh dengan orang komen photo and wall post , hehe . Just forget it okay . Then , lepas bukak notification aku bukak pula message . Bila bukak-bukak je ada message dari ex-boyfriend and my lil sis , Atiqah Raffee . Mestilah aku bukak message dari Atiqah dulu kan ? Ayat dia text message tu , ohh terlampau jiwang wehh . Dia cakap , dia rindukan aku , dia happy sebab aku datang rumah dia and bagi senyuman menawan dekat dia and lastly dia cakap dia nak peluk aku sampai dia puas . Alahai , jiwangnya ayat dia tu . Tapi dalam aku baca apa yang dia tulis , secara tiba-tiba airmata terjatuh dengan sendirinya . Oh God ! Kenapa aku tetiba menangis ni ? Mungkin aku terlampau rindukan dia rasanya . Sumpah , terharu aku baca message dia . Dekat 2 minggu jugak lah aku tak bertegur langsung dengan dia dalam sekolah . Tapi dalam tak bertegur tu , aku perasan dia usya-usya aku and senyum dekat aku but aku tak senyum dekat dia balik . Kalau dia boleh buat macam tu , aku pun boleh buat macam tu , haha . Tapi bila fikir balik , rasa kesian dekat dia pun ada jugak haha . Imissyou so much , dear Nur Atiqah bt Mohd Raffee .
  p/s : Sedih pula bila fikir pasal dia balik , risaukan pasal dia . Aku anggap dia dah macam adik aku sendiri . Kadang-kadang asyik terfikir pasal dia , entah kenapa jadi macam ni wehh ! Muaahh :D Thankssss

Wednesday, 13 July 2011

Lepak Starbucks !!

Bismillahirrahmanirrahim . Yang bukan Islam jangan sebut pula benda alah tu . Dalam sebulan , berkemungkinan besar aku update dalam 7-8 post . Well , post banyak pun sebab aku story pasal rutin harian aku . Semalam , aku ingatkan nak duduk rumah je 1 hari tu . Tapi dah last-last minute kakak and member-member ajak aku lepak Starbucks . Hm , apa lagi aku terus kelam-kabut tukar baju and seluar . Then time nak pergi time tu lah phone takde . Aku meraba-raba carik phone sesudahnya tak jumpa . Dorang cepat sangat nak gerak Starbucks , so follow then masuk kereta buat muka macam baru langgar tiang . Mula-mula tu , rasa nak menangis ingatkan phone hilang lagi . Kalau waktu tu phone tu hilang , tu dah kali ke-4 phone aku hilang . Penat dah nak cucuk duit bagai then beli phone baru . Act , continue our story pasal lepak-ing . Perjalanan ambil masa 20 minit pergi Starbucks area mana entah . Aku just ikut saja , nama-nama tempat tak ambil tahu pulak . Bukan masa untuk belajar Geografi , nak ambil tahu area mana bagai . Turun dari kereta , check make-up then gerak Starbucks , aku order Cappucino Blended je . Aku follow dorang pun aku minum saja , nak makan perut dah penuh dengan makanan . Tangki perut aku ni kecil saja , bukan nya besar macam buaya semua makanan nak sumbat , kan ? Hehe . Dalam aku minum ice-blended tu , fikiran aku masih memikirkan pasal phone tu . Aku takut parents marah , kalau phone tu hilang . Forget it , sambil-sambil minum , aku ber-shisha lah kan ? Okay dah sebulan aku tak hisap , baru semalam aku try hisap balik . Aku bukan nya hisap selalu , dalam sebulan maybe 2 kali saja . Aku bukan nya ketagih sangat benda alah tu . Thanks Opie & Nia support aku ice blended dekat Starbucks , next time belanja aku lagi okay . Sayong kau banyak-banyak wehh !

Aku rindu tahun 2009 :'(

Hey sweet followers ! Malam ni aku nak post pasal zaman aku di bangku sekolah rendah lagi . Aku rindu tahun 2009 lah , sebab time tu tahun terakhir aku jumpa budak tahun 6 . Then , masuk form 1semua kawan-kawan dah berpecah , sorang sekolah sini , sorang sekolah sana , sorang sekolah situ . Kan best , kalau tahun yang dulu-dulu boleh berulang balik . Hehe memang boleh lah pun kan ? Hari kiamat akan tiba adalah . Masa tahun 2009 , aku happy sangat aku ada kawan baru , aku dapat wakil KL dalam bola tampar , aku digelar Bintang Bola Tampar . Tapi yang paling sedih tahun tu , waktu keluarnya result UPSR 2009 . Menangis wehh ! Aku just dapat 3A 2B . Biasa lah time tu budak-budak kan , tahu nak bermain je sampai abaikan pembelajaran . Kalau boleh , aku mintak sangat-sangat nak ulang tahun 2009 . Hehe post ni pendek je lah .

Dah abis baca , okay byebye :D

Tuesday, 12 July 2011

Masih ada perasaan & maruah :D

Holla como estas ? Cehh , aku speak Spain sekejap . Sound check..sound check.. Dimulakan dengan Bismillahirahhmanirrahim , bertaip nya saya disini adalah untuk menceritakan pasal hidup saya sepanjang 14 tahun saya hidup dia muka bumi yang mulia ni . Wallawey , jiwang sangat ayat aku ni , hehe . Aku nak bagitahu yang aku masih ada perasaan untuk merasa kesedihan , keseronokan , kemiskinan , kekayaan , kejayaan atau pun kegagalan . One more thing aku masih lagi ada maruah diri . So jangan pandang rendah terhadap aku . Aku ni just manusia biasa , sometimes aku matang and sometimes aku terlampau macam budak-budak . Tapi everyday , aku boleh gelak , menangis and macam-macam lagi lah . Tipu lah kan , kalau aku tak pernah sakit hati atau benci ? Semua orang pernah lalui benda yang sama , kan ? Lagi satu , tipu lah kan kalau aku kata , aku tak pernah couple ? Alahh , kadang-kadang sampai terfikir nak bunuh diri pun ada sebab dah bosan dengan hidup ni . Tolong faham perasaan aku and jaga hati aku sementara aku masih hidup dekat atas dunia ni . Lastly , aku bukan perempuan murahan yang senang-senang kau nak mempermainkan aku . Short post sayang , kbaii :D

Cerita Atiqah Raffee :'(

Assalamualaikum keoada orang yang beragama Islam . Hari ni aku nak cerita pasal adik angkat aku ni . Aku pelik dengan kau dik , sejak kau couple dengan Ricki kau tegur sis pun tak , kan ? Kau buat sis ni macam tak wujud je dalam hidup adik . Tadi sis ada nampak yang kau senyum dekat sis , then kau tengok sis tak senyum balik , kan ? Adik nak tahu kenapa ? Sebab adik tak tegur dalam seminggu , sis dah rasa lain macam . Kalau sis buat salah dekat adik , sis mintak ampun sangat-sangat . Alah , sis pun dekat dunia ni sekejap je , bukan nya lama pun . Esok lusa mati jugak sis ni nanti . Perangai sis memang macam tu , adik tak tegur sis , so sis tak tegur adik jugak . Nanti jangan tanya kenapa okay . Sendiri mau ingat lah okay . Adik couple dengan Ricki makin sombong dengan sis . Sis tak tahu apa masalah adik , harus ke buat macam tu ? Bila sis tanya kenapa , adik bagi alasan yang tak rasional langsung . Okay , terus terang sis cakap , sis rindu adik gila babih . Sis nak Atiqah Raffee yang dulu , but sis taknak Atiqah Raffee yang sekarang . Sis rasa Atiqah yang dulu lagi buat sis happy . Sis pun tak tahu kenapa adik berubah terlalu cepat sangat . After this , if ada masalah jangan nak bagitahu sis atau mengadu dekat sis okay ? Sis kan tak penting dalam hidup adik , dah tak bermakna lagi kan relationship kita . Adik chat dekat facebook pun lepas ni , sis tak kan reply chat adik tu . Ikut mood lah , kalau rasa nak tegur , sis akan tegur . Kalau tak , sis buat adik macam takde dalam hidup sis je lah . God , I miss her so damn fucking much :'(

Kawan Baru Saya :)

Hey friends and dear followers . Selamat datang ke blog buruk , hehe . Thanks kepada orang masih tak lupa untuk visit blog saya . Hari ini saya nak post pasal kawan baru . Aku dengan dia baru nak jadi kawan rapat untuk tahun ni . Aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk bagi dia happy sepenuh masa , haha . Nama dia Farah Najihah Amin . Umur dia 14 tahun bila 24.11.2011 nanti , oh lambat lagi Farah . Secara fakta , aku memang suka berkawan dengan dia . Act , aku suka berkawan dengan dia sebab perangai dia matang . Walaupun dia berbadan kecik tapi dia berfikiran matang jugak . Kadang-kadang dia pandai buat lawak dengan aku bila aku tengah boring . Then dia dengan aku ni sekepala sebab sama-sama gila kan artis Korea . Dia paling suka Yang Yoseob penyanyi dari kumpulan popular Korea iaitu B2ST . Hehe kalau sesiapa yang minat Yoseob mesti dia macam marah main-main . Hehe konon nya Yoseob tu suami dia . Haha so sampai sekarang aku suka kacau dia tentang si Yoseob tu . Hehe lupa nak cakap , iloveyou lah kawan . Thanks sebab jadi kawan baru aku :) Sayang kau sampai mati !

Monday, 11 July 2011

Jyeah ! Elecoldxhot menang ! :)

Assalamualaikum ! Today nak post pasal budak-budak Showdown 2011 . I will miss Showdown . Aduyy , kena tunggu tahun depan punya pulak lah . Yeah , akhirnya , Elecoldxhot juara . Aku memang minta gila dekat crew ni . Dorang hot time nak battle . Perfomance dorang perfect . Lagi satau crew yang aku minta , Bounce Stepperz . Yang crew ni , aku minta sebab dorang ada elemen tradisional jalanan . Congratulation Elecoldxhot , share-share lah dueat yang korang menang tu dengan aku . Hehe penat dah aku vote korang everyweeks ! Haha :D

Tukar link blog baby ! :D

Salam bagi orang Islam , Hello bago orang yang bukan Islam . Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi untuk melawat blog saya ini . Ni lah rutin harian saya kalau awak tahu . Kalau dah menghadap laptop ni , 2 hingga ke 3 jam akan menghabiskan masa untuk online . Hehe well , shaa kan ? Hahah ! I think i wanna change my blog link . Sebab link lama ni dah macam tak best je . So , saya nak tukar yang baru . Awak kisah apa kan ? Saya punya blog , saya punya suka lah , hehe main-main je . Saya carik nama link yang simple-simple je lah , kang panjang sangat takut tak terhafal pula . Papehal , kalau sudi , follow je lah . Thanks you all !

Cerita pasangan secocok Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Hey guys . Now , dah boleh update blog guna lappy dah . Sebab dulu online pun dekat dalam phone . Biasa lah kan , tipu lah tu kalau laptop tak pernah kena virus . Hehe pfftt . Okay , sekarang aku nak story pasal artis ni , dorang comel wehh ! Sorang ni kacak , yang sorang ni pula cantik orangnya . Baru-baru ni dengar dorang bertunang . So dorang ni diam-diam bercinta and tahu-tahu je dah bertunang . Cehh , congratulation to Zahiril Adzim & Shera Aiyob ! Korang memang sesuai pun sebenarnya . Dua-dua comel , kau tahu ? Okay ni antara gambar-gambar pertunangan dorang . Post sikit je lah , takde benda pun dekat blog buruk ni :D

Monday, 4 July 2011

I'm TOP 20 !!

Hello kawan-kawan . Hari ni nak post pasal aku dapat nombor 20 dalam kelas , exam baru-baru ni . Gentle , terkejut bila dapat tahu yang aku dapat nombor 20 . Dalam hati bercakap , okay lah kan aku dapat 20 daripada aku periksa nombor last . Hehe kira okay lah tu , aku TOP 20 . Haha janji ada nombor jugak kan ? Haha !! Tapi periksa just dapat 1A saja . My result so bad . Bila lah aku boleh dapat straight A's ? Kan best kalau time exam je , kertas soalan tu tanya soalan darjah 2 , 3 atau 4 , hehe . Parents aku membebel sana sini , haha . Aku ni ikut mood kalau nbak study or nak bermain . Tapi aku belum ready sepenuhnya untuk focus belajar . Haha blur lah , kbaii :D

I MISS MY BLOG & FACEBOOK :'(

Hey guys . Pertama sekali aku nak cakap , i'm so sorry because dah lama tak update blog and status facebook . My laptop was problem . Aku rindu semuanya . Paling rindu sekali , ofcourse lah laptop kan . Blog pun dah lama tak update . So , memang blur lah ni tak tahu nak post apa . Hehe short post , kbaii :D